SoNg



Perginya Cintaku.

Tarikh 20 Sept 2016.

Itulah dimana tarikh ku dan dia last contect... Semakin ku ingin melupakan Semakin kuat pula rindu akan padanya...

Namunku kuatkan diri ini untuk melupakan segala kenangan waktu bersamanya ketika dulu... Ku gagahi diri ini utk menyelapkan dia dlm fikiranku... 

Ku tahu bukan senang untuk melupakan semua,  namun ku sentisa mengkuatkan semangat untuk menerima erti PERPISAHAN yang berlaku ini.

Tidak akan ku membencinya @ berdendam atas apa yang berlaku... Kerana dia pernah ku cintai, sayangi & rindui... Ku anggap semua ini TAKDIR dalam percintaan sesama MANUSIA...

Ku tahu dalam penderitaanku yang sementara ini ada  NIKMAT terselit KEBAHAGIAN & KEMENANGAN dalam HIDUP...

Betul! BOHONGLAH jika aku tidak menginginkan ke alam gerbang PERKAHWINAN sedangkan itu mmg IMPIANKU dan dia waktu itu... Sesiapa pun akan bahagia jika percintaan bertahun2 ke penghujung cinta (PERNIKAHAN)... 

Tapi apa kan daya kita manusia biasa saja... Hanya mampu merancang Allah yang menentukan... Kita manusia berusaha jika inginkan sesuatu dan doa agar dapat apa y dihajati... 

Walau apa pun kisah silam biarlah berlalu bgtu saja... Aq sudah redah dan pasrah dgn ketentuan dalam perpisahan... Kerana ku yakin dan percaya qada dan qadar ku dan jodoh dr Allah... 

Semoga akan ada hadir seorg hamba Allah y mmpu membimbing ku dan ikhlas menerima ku seadanya serta keluargaku.

                                                                        Adha91

KEBAHAGIAAN DIRIKU TERLETAK DENGAN RESTU ORANG 2UAKU.

    Sesungguhnya keluarga itu sangat berharga buat diriku, apa lagi bila dapat membuatkan mereka ini gembira bila aq buat mereka bahagia dan bangga dengan kebolehan ku Al-hamdulillah.

    Bukan mahu membangga2kan diri ini sampai terlahirnya riak dalam diri Astaghfirullahal'azim nauzubillahiminzalik minta dijauhkan. cuma hanya memberikan senyuman untuk mereka kerana tiada yang boleh membahgiakan aq selain kedua orang 2uaku. especially my umie :)seronok bila tengok di raut wajahnya tanda gembira.

     so hanya kerana restu mereka aq sampai ke tahap ini, kerana restu mereka jua aq terletaknya kebahagianku. 

     umie besar sungguh pengorbananmu untuk anak2 mu ini hinggakan diri mu terabai. harap dengan pemberianku yang tidak seberapa dari ku ini dapat juga melihat wajahmu mengukir senyuman. terima kasih umie. mmuahhhlah heee.

sekian... Adha91


ISNIN 15/07/2013


Assalamualikum & Selamat Pagi 
Hari Ni Puasa Masuk Hari Yang Ke 6,
Alhamdulilah Semoga Puasa Kita DiTerima Allah S.W.T 
InShaa Allah..Amin..
Nak Kongsikan Sedikit Hadis  Di Pagi Ini..

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim) 

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. 

                                Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. 

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. 

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. 

ITULAH WANITA

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...


CANTIK DI HATI

Assalamualikum & Selamat Pagi...

      Dalam Hidup, Sering Kali Kita Lebih Banyak Mendapat Apa Yang Tidak Kita Inginkan.Dan Ketika Kita Mendapatkan Apa Yang Kita Inginkan,.

  Akhirnya Kita Tahu Bahawa Apa Yang Kita Inginkan Terkadang Tidak Dapat Membuat Hidup Kita Menjadi Lebih Bahagia. Jika Kita Melakukan Sesuatu dengan Keikhlasan Nescaya Ganjaran Yang Kita Terima Juga setanding Dengan Apa Yang Kita Usahakan. Inshaa Allah...





Sekadar Renungan Bersama Pagi Sabtu...