SoNg



ISNIN 15/07/2013


Assalamualikum & Selamat Pagi 
Hari Ni Puasa Masuk Hari Yang Ke 6,
Alhamdulilah Semoga Puasa Kita DiTerima Allah S.W.T 
InShaa Allah..Amin..
Nak Kongsikan Sedikit Hadis  Di Pagi Ini..

Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud: "Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." - (Riwayat Muslim) 

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. 

                                Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. 

Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. 

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. 

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup. 

ITULAH WANITA

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...


CANTIK DI HATI

Assalamualikum & Selamat Pagi...

      Dalam Hidup, Sering Kali Kita Lebih Banyak Mendapat Apa Yang Tidak Kita Inginkan.Dan Ketika Kita Mendapatkan Apa Yang Kita Inginkan,.

  Akhirnya Kita Tahu Bahawa Apa Yang Kita Inginkan Terkadang Tidak Dapat Membuat Hidup Kita Menjadi Lebih Bahagia. Jika Kita Melakukan Sesuatu dengan Keikhlasan Nescaya Ganjaran Yang Kita Terima Juga setanding Dengan Apa Yang Kita Usahakan. Inshaa Allah...





Sekadar Renungan Bersama Pagi Sabtu...